Blog Cikgu Hasni
~ BAHASA MALAYSIA TAHUN SATU ~ Selamat datang ke blog Cikgu Hasni. Sama-samalah kita berkongsi ilmu.
Bahasa Malaysia

Wednesday, 7 November 2012
Saturday, 3 November 2012
Thursday, 1 November 2012
Penjodoh bilangan
PENJODOH BILANGAN
Penjodoh bilangan
digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau
bilangan.
Kadangkala kata
bilangan disertai penjodoh bilangan seperti batang, buah, ekor, orang, dan
sebagainya.
Senarai penjodoh bilangan,
penggunaannya, dan contohnya adalah seperti yang berikut:
Penjodoh Bilangan
|
penggunaannya
|
Contohnya
|
angkatan
|
untuk sekumpulan
manusia atau benda
|
kapal, tentera,
pelukis, penulis
|
baris
|
untuk kedudukan
benda/manusia yang berbaris
|
orang, kedai,
rumah, pokok, tulisan, ayat, meja, kerusi
|
batang
|
untuk menunjukkan
benda-benda yang panjang
|
sungai, lilin,
galah, tiang, pen, pokok, gigi, tongkat, kapur, jambatan, jarum
|
bentuk
|
untuk benda-benda
kecil yang berkeluk
|
mata kail, subang,
cincin
|
berkas
|
untuk benda-benda
yang diikat bersama-sama
|
kunci, lidi, kayu
|
bidang
|
untuk benda-benda
yang terbentang luas
|
tanah, kain, sawah,
permaidani, layar, kebun, tikar
|
biji
|
untuk jenis buah,
sayur-sayuran, dan benda-benda yang kecil
|
labu, lobak, kubis,
terung, bola, cawan, guli, belon, ketupat, batu, telur, gelas
|
Bilah
|
untuk benda-benda
yang tajam
|
parang, pisau,
golok, gunting, sabit, keris
|
buah
|
untuk benda-benda
besar dan padu, yang tidak mempunyai bentuk yang tertentu
|
kereta, negeri,
rumah, buku, kotak, radio, bandar, kampung, piano, komputer, kamera
|
buku
|
untuk benda-benda
yang keadaannya berketul/berbongkah
|
sabun, roti, benang
|
butir
|
untuk benda-benda
yang bulat atau kecil
|
telur, batu, manik,
beras, peluru
|
carik/cebis
|
untuk benda-benda
yang dikoyakkan
|
kertas, kain
|
cubit
|
untuk benda yang
diambil sedikit dengan jari
|
garam, gula, kunyit
|
cucuk
|
untuk benda-benda
yang dicucuk dengan lidi
|
sate
|
das
|
untuk bunyi letupan
atau tembakan
|
meriam, pistol,
senapang
|
deret
|
untuk benda-benda
yang tersusun
|
bangunan, rumah,
kedai, kereta
|
ekor
|
untuk semua jenis
binatang
|
nyamuk, semut,
kuda, buaya, musang, gajah, arnab, rama-rama
|
genggam
|
untuk benda-benda
yang digenggam
|
pasir, beras, padi
|
gugus
|
untuk buah-buah
ataupun benda
|
anggur, langsat,
kelapa sawit, sawit, kunci
|
gulung
|
untuk benda-benda
yang bergulung
|
filem, permaidani,
tikar, dawai, kertas
|
helai
|
untuk benda-benda
yang nipis dan lebar
|
daun, baju, kertas,
kain, tuala, rambut, rumput
|
ikat
|
untuk benda-benda
yang diikat
|
kayu, lidi, tebu,
sayur, papan
|
iris
|
untuk benda-benda
yang dipotong kecil-kecil
|
bawang, timun,
daging, buahbuahan
|
jambak
|
untuk benda-benda
yang bertangkai atau berangkai-rangkai
|
bunga, kunci
|
kaki
|
untuk benda-benda
yang bertangkai
|
payung, cendawan,
bungs
|
kawan
|
untuk kumpulan
haiwan
|
lembu, kambing,
lebah, gajah, merpati
|
kelompok
|
untuk sekumpulan
manusia, haiwan, dan benda
|
burung, awan,
pulau, bintang
|
kepal
|
untuk benda-benda
yang dikepal dengan tangan
|
nasi, pulut, tanah
|
keping
|
untuk benda-benda
yang nipis atau pipih
|
roti, papan, kad,
gambar, biskut, tanah
|
kerat
|
untuk bahagian
benda-benda yang dipotong
|
roti, tiang
|
Ketul
|
untuk benda-benda
yang berketul dan padu
|
ais, daging,
tulang, sabun, roti
|
Kotak
|
untuk benda-benda
yang diisikan di dalam kotak
|
mancis, pensel,
rokok, sabun, ubat nyamuk
|
kuntum
|
untuk bungs
|
mawar, melati,
anggerik
|
Laras
|
untuk senjata api
|
pistol, senapang,
meriam
|
lembar
|
benda-benda yang
lurus dan panjang
|
kertas, dawai,
benang
|
longgok
|
untuk benda-benda
yang berada dalam longgokan
|
durian, pakaian,
tanah, cili
|
naskhah
|
untuk bahan bacaan
yang berjilid
|
surat khabar,
risalah, majalah, makalah, buku
|
Orang
|
untuk manusia
|
guru, jururawat,
doktor, pekedai, runcit, posmen
|
Papan
|
untuk benda-benda
yang berbentuk kepingan
|
coklat, petai,
mercun
|
pasang
|
untuk benda dan
manusia yang berpasangan
|
pakaian, kasut,
subang, suami isteri, anak
|
pangsa
|
untuk bahagian
dalam buah
|
durian
|
pasukan
|
untuk sekumpulan
orang yang berpakaian seragam
|
pemain kompang,
polis, tentera pengakap
|
patah
|
untuk kata
|
perkataan,
kata-kata
|
potong
|
untuk benda-benda
yang sudah dipotong
|
kuih, daging, roti
|
pucuk
|
untuk benda-benda
yang halus serta tipis dan senjata api
|
jarum, surat,
pistol, meriam, senapang, rebung
|
puntung
|
untuk sebahagian
benda yang masih menyala
|
rokok, bara, kayu
api
|
rangkap
|
untuk puisi
|
pantun, sajak,
syair
|
rawan
|
untuk benda-benda
yang halus, labuh, dan bersirat
|
jala, jaring, pukat
|
ruas
|
untuk benda yang
beruas-ruas
|
tebu, buluh
|
rumpun
|
untuk tumbuhan yang
tumbuh rapat-rapat
|
buluh, tebu, serai,
pandan, padi
|
sikat/sisir
|
untuk buah pisang
|
pisang
|
tandan
|
untuk buah-buahan
yang bertandan
|
pisang, kelapa,
pinang, kelapa sawit
|
tangkai
|
untuk buah-buahan,
bunga-bungaan, dan daun yang bertangkai
|
rambutan, duku,
kenanga, padi, daun
|
titik
|
untuk cecair yang
menitis
|
air, darah, dakwat,
embun
|
tongkol
|
untuk buah yang
bertongkol
|
jagung
|
ulas
|
untuk isi
buah-buahan yang berpangsa
|
durian, limau,
nangka, cempedak
|
urat
|
untuk benda-benda
yang halus dan panjang
|
rambut, benang,
dawai,
|
utas
|
untuk benda-benda
yang panjang
|
tali, dawai, rantai
|
Cuba buat latihan di bawah
ini:
1. Emak
membeli dua ___________ durian.
2. Pak Ali membela lima
____________ lembu.
3. Siti ada dua
_______________ buku cerita.
4. Kakak ada dua ___________
baju kurung.
5. Adik makan tiga ____________ cempedak.
6. Pemuda itu memberi se ______________bunga kepada kekasihnya.
7. Saya makan lima ______________ sate.
8. Emak membeli se____________ limau dari pasar.
9. Se_____________ rambutan berharga RM3.
10. Se ________ telur telah pecah semasa adik membawanya
dari kedai.
Monday, 1 October 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)